Tampilkan postingan dengan label bila. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bila. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Bila ‘Ustaz’ Chua Tafsir Ayat Al Quran…


Setakat ini, kalimah Allah masih lagi terpelihara, dan menjadi hak orang Islam serta tidak boleh digunakan di paparan atau cetakan bahan milik Kristian.

Penulis menyatakan “setakat ini”, bererti selagi kuasa politik milik Islam dan Melayu, hakikat tersebut tidak boleh diubah.

Menurut undang-undang, kita semua telah mengetahuinya pada hari Isnin yang lalu.

Namun, jangan pernah leka, kerana mereka menanti saat dan ketikanya untuk memecahbelahkan orang Islam.

Itu lah juga yang dilakukan oleh Chua Jui Ming, seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai raut wajah yang sekali imbas, seperti Anwar Ibrahim. Apakah mereka lahir dari ibu yang sama? Itu penulis tidak mampu menjawabnya.

Sedang kita mengucap syukur ke hadrat Illahi atas keputusan mahkamah, Chua telah melontarkan satu lagi “terjemahan” Al Quran, bagi terus menerus membangkitkan polemik isu berkenaan kepada umat Islam.

Pertama, kita perlu tahu bahawa Chua tiada sebarang kelayakan untuk menterjemah ayat suci berkenaan. Lihat sahaja yang yang ditulisnya di laman Twitter, ia tidak menjelaskan keseluruhan ayat berkenaan.

Surah Alli Imran 3.64 : 64. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan Ente, bahawa tidak yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Illah selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

Sungguh pun Nasrani adalah terdiri dari ahli kitab yang beragama Kristian, perlu untuk penulis tekankan bahawa mereka adalah penganut Kristian yang berpegang dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Dan Injil itu tidak sama sekali meletakkan pemahaman “trinity”; Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Konsep Trinity ini hanya terdapat pada Bible New Testament yang telah diubah oleh pendita Kristian dan digunakan pakai oleh penganut Kristian sekarang, khususnya dalam konteks isu Kalimah Allah di Malaysia.

Itu jelas, nyata dan terang untuk kita terus mempertahankan kalimah Allah yang mahu digunakan oleh pihak berkenaan sebagai jarum halus dalam memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.

Kedua, Chua juga sengaja berbuat demikian, hanya untuk memecahbelahkan umat Islam. Pada ketika kenyataan Chua dikeluarkan, umat Islam berterusan bercakaran sesama sendiri waima mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah ini tidak boleh digunakan oleh pihak Kristian untuk tujuan percetakan di majalah atau buku-buku mereka.

Kita saling mengeluarkan pelbagai pendapat, bercakaran sesama sendiri dan tidak kurang yang memaki hamun waima masing-masing beragama Islam. Tidakkah kita melihat apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Chua Jui Ming?

Rabu, 01 Januari 2014

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS yang lain lain bila lagi

Harakahdaily,
  21 Mei 2012


(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan
Older Post ►
 

Copyright 2011 Mas Ijeum