Kamis, 26 Desember 2013

Jakarta pertahan gaji minimum

Ribuan pekerja masih melakukan protes terhadap keputusan kerajaan menetapkan gaji minimum di Jakarta.

JAKARTA - INDONESIA - Indonesia mempertahankan keputusan gaji minimum walaupun mendapat bantahan kesatuan sekerja di sini, semalam.

Gabenor Joko Widodo berkata, kenaikan gaji minimum untuk 2014 adalah 11 peratus dilihat munasabah.

“Kami meluluskan kenaikan gaji minimum 2.2 juta rupiah (RM614) kepada 2.4 juta rupiah (RM670),” katanya dipetik Jakarta Post

Menurutnya, kenaikan itu relevan selepas disokong Pertubuhan Kesihatan Kad Jakarta dan program Jakarta Smart Card iaitu memberikan akses percuma kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Kesatuan Perdagangan, Said Iqbal berkata, kenaikan itu jauh rendah daripada kenaikan 50 peratus seperti dituntut.

“Kami minta gaji minimum 3.7 juta rupiah (RM1,043). Tuntutan ini sejajar dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Mas Ijeum