Selasa, 17 Desember 2013

PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel

Salam semua,


PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel

PTPTN bekukan pinjaman pelajar baru Unisel! Ini sedikit sebanyak ada berkaitan dengan isu politik juga nampaknya.Justeru keputusan PTPTN  menghentikan pinjaman untuk pelajar Unisel tersebut dikaitkan dengan kelantangan beberapa pemimpin BN yang mencabar agar kerajaan PR itu terlebih dahulu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya sendiri di Selangor.

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan sementara pemberian  pinjaman kepada pelajar baru yang mendaftar di  Universiti Industri Selangor (Unisel).
Pengesahan tersebut dibuat pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui atas talian laman rasmi web tersebut.
Menjawab pertanyaan beberapa soalan yang diajukan melalui ruang forumnya, pegawai PTPTN  tersebut berkata dana pinjaman untuk pelajar baru universiti tersebut telah ‘dihentikan buat sementara waktu’.
Malah katanya, tiada pekeliling hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah yang dibuat.
Selain itu, ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Sementara itu, Naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Bagaimanapun beliau berkata Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Beliau berkata sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat sebelum ini mencanangkan akan menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pelajar jika berjaya mentadbir Putrajaya.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Mas Ijeum