Tampilkan postingan dengan label pak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pak. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

‘Surat saya menyebabkan Pak Lah Najib jadi PM’

Kerengga

Muda Mohd. Noor 
PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.

“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.

Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.

“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.

Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.

“Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.

Mana menteri?

Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.

“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.

Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.

“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang.

“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.

Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu.

Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir.
-freemalaysiatoday-

Senin, 24 Februari 2014

Maaf Pak saya nggak bisa

ABD JALIL ALI

DUA minggu setelah Ops 6P Bersepatu dilancarkan, orang ramai mula nampak kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi pendatang tanpa izin @ Pati.

Dengan kira-kira 135,000 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam gerakan besar-besaran ini, semua berharap pendatang haram dapat dinyahkan dari bumi berdaulat ini.

Sejak dilancarkan tengah malam 1 September baru lalu, beribu-ribu telah ditangkap. Syabas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang amat bersemangat menjayakan operasi ini. Harap-harap semangat itu terus membara sampai bila-bila.

Semua orang tahu sebelum ini sudah banyak kali diadakan ops mengusir Pati, tetapi semuanya nampak macam acah-acah. Menteri sudah banyak kali bertukar, pegawai sudah berganti, tetapi kita masih dihantui Pati.

Nampak macam hangat-hangat tahi ayam, heboh tiga empat hari dalam media, tangkap seorang dua, kemudian senyap. Kalau sejak dulu ada sungguhan, dan tidak terlalu memberi muka, mungkin kita sudah bebas dari Pati.

Kita tahu pendatang haram ada di mana-mana – kawasan perladangan, tapak pembinaan, kawasan setinggan, restoran, stesen minyak, di kaki lima, di sebelah rumah kita, hatta di atas bumbung pusat pelacuran – tetapi tidak ada kesungguhan memburu mereka. Laporan orang ramai mengenai tempat bersembunyi Pati, tidak diambil tindakan dengan segera.

Malah, kerap terjadi apabila penguat kuasa datang menyerbu, Pati sudah cabut terlebih dulu. Nampak sangat orang kita diperbodoh oleh orang asing.

Terlalu lembik dan lembap penguat kuasa kita sehingga wujud persepsi mereka telah dirasuah. Zahid dan pasukannya mesti menukar tanggapan negatif itu. Jangan sampai persepsi menjadi realiti!

Tidaklah diketahui dengan tepat berapa bilangan sebenar puak-puak asing tanpa izin yang ada di keliling kita. Tetapi seperti yang diakui sendiri oleh menteri, ada 640,000 Pati dari Indonesia (paling ramai), 267,000 dari Bangladesh, dan 113,000 dari Myanmar. Itu tidak masuk dari Nepal, Afrika, China. Malah, mungkin ada dari Mongolia.

Baik yang haram mahupun yang sah, kita sebenarnya sudah kebanjiran pendatang asing. Tidak ada satu pun ruang kita yang bebas dari orang luar. Sana sini orang kita mengeluh sebab kawasan mereka telah ditawan oleh warga kulit hitam dari negara-negara Afrika. Mereka tidak menghormati peraturan dan undang-undang kita.

Mereka kurang ajar dan membawa budaya tidak sihat seperti mabuk, melalak tengah malam, mengusik anak gadis kita, menunjukkan kemaluan di tempat umum. Mereka, merompak, merogol, mengedar dadah, membunuh.

Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur sudah seperti Jakarta atau Medan, sana-sini orang bercakap loghat Indonesia, “Bisa diatur”, “Bisa, Pak!”, “Pokoknya tanggung beres!” dan entah apa-apa. Penempatan yang dulunya milik kita, kini sudah dikuasai oleh mereka.

Dan, saban hari kita membaca dan melihat gambar mengenai gadis dan wanita seksi dari negara asing yang terlibat dengan khidmat seks di pusat hiburan, pusat kesihatan, rumah urut, pusat pelacuran. Ada premis yang telah diserbu berpuluh kali, dikeluarkan amaran, tetapi masih berdegil. Serbu hari ini, tutup esok, lusa buka semula seperti tidak ada apa-apa. Rasuah?

Pengalaman peribadi saya pagi semalam membuktikan betapa ramainya pendatang asing di keliling kita – saya tidak pasti mereka ada permit atau Pati. Saya hendak ke Taman Selasih, mengunjungi seorang sahabat. Ada yang kata di Gombak, ada pula yang kata di Batu Caves.

Mula-mula saya bertanya seorang pemuda bermotosikal, di sebuah kedai serbaneka berhampiran Pasar Borong, Batu Caves. Dia macam kebingungan apabila saya bertanya di mana Taman Selasih. Katanya: “Maaf, Pak. Saya nggak bisa nolong...” Patutlah dia bingung!

Saya bertanya kepada seorang anak muda bertopi di sebuah stesen minyak, dia menjawab dalam bahasa Inggeris ‘broken’: “I three days work here only. RON 95 or 97, Sir?” Saya tidak pasti dia Nepal atau Bangladesh.

Berhenti di sebuah gerai tepi jalan, saya bertanya pula kakak penjual nasi lemak, dan dia menjawab: “Setaunya saya kalo yang namanya Taman Selasih itu ada dua...” Ini mesti dari Semarang!

Tujuh orang, termasuk dua wanita yang saya tanya, kesemuanya pendatang luar. Saya betul-betul rasa terasing di tempat sendiri!
Older Post ►
 

Copyright 2011 Mas Ijeum